Sunday, February 22, 2009

Cara memasukkan Google Calendar di blog

Untuk memasukkan google calendar ke dalam blog anda, first sekali buka google calendar anda..Google Calendar

Langkah pertama :
Create satu calendar dengan memilih create.


Langkah kedua :
Masukkan nama calendar anda.Setkan calendar ini kepada public.Kemudian pilih create calendar.


langkah ketiga :
Pilih Calendar setting.


Langkah keempat :
Beri nama calendar anda. (Nama ini akan dipaparkan pada calendar yang generate code yang akan diletakkan dalam blog nanti. Sekiranya kita tidak letak nama calendar, dia akan kuarkan coding seperti contoh ini - Calendar ID: 27j6nvdcjpa77otut5miijbjgk@group.calendar.google.com.)
Ambil skrip yang digenerate tersebut dan ubah kesesuaian width dan height bagi menyesuaikan saiznya dengan blog anda. Pastekan skrip ini dalam blog anda.


Langkah kelima :
Setkan supaya kita nampak calendar ini sahaja.(Bagi mengelak kekeliruan je..Kalau nak tengok semua pun takpe..=)


Langkah keenam :
Create event pada calendar anda supaya memudahkan anda monitor post di google calendar.Sebenarnya cara ini adalah cara manual dengan memasukkan satu persatu mengikut post yang kita dah buat dalam blogspot.Ada cara yang lebih mudah lagi dengan menggunakan RSS.Tapi kaedah itu memerlukan pengetahuan lebih lagi. Gunakan cara mudah dulu. Akan datang kita akan cuba kaedah tu pula.


Langkah terakhir :
Buka blog anda dan anda akan dapati setiap kali kita memasukkan event, akan muncul di skrin blog anda.


Selamat mencuba..

No comments: