Sunday, February 22, 2009

My Google Calendar

Cara memasukkan Google Calendar di blog

Untuk memasukkan google calendar ke dalam blog anda, first sekali buka google calendar anda..Google Calendar

Langkah pertama :
Create satu calendar dengan memilih create.


Langkah kedua :
Masukkan nama calendar anda.Setkan calendar ini kepada public.Kemudian pilih create calendar.


langkah ketiga :
Pilih Calendar setting.


Langkah keempat :
Beri nama calendar anda. (Nama ini akan dipaparkan pada calendar yang generate code yang akan diletakkan dalam blog nanti. Sekiranya kita tidak letak nama calendar, dia akan kuarkan coding seperti contoh ini - Calendar ID: 27j6nvdcjpa77otut5miijbjgk@group.calendar.google.com.)
Ambil skrip yang digenerate tersebut dan ubah kesesuaian width dan height bagi menyesuaikan saiznya dengan blog anda. Pastekan skrip ini dalam blog anda.


Langkah kelima :
Setkan supaya kita nampak calendar ini sahaja.(Bagi mengelak kekeliruan je..Kalau nak tengok semua pun takpe..=)


Langkah keenam :
Create event pada calendar anda supaya memudahkan anda monitor post di google calendar.Sebenarnya cara ini adalah cara manual dengan memasukkan satu persatu mengikut post yang kita dah buat dalam blogspot.Ada cara yang lebih mudah lagi dengan menggunakan RSS.Tapi kaedah itu memerlukan pengetahuan lebih lagi. Gunakan cara mudah dulu. Akan datang kita akan cuba kaedah tu pula.


Langkah terakhir :
Buka blog anda dan anda akan dapati setiap kali kita memasukkan event, akan muncul di skrin blog anda.


Selamat mencuba..

Saturday, February 21, 2009

Kata-kata Motivasi

Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Install Oracle 10G Express Edition dalam virtual box WinXP

Setelah aku siap setup windows vista dan windows xp dalam virtual box aku, sekarang nih tibalah masa untuk aku membuat development dengan menggunakan oracle..
Kalau aku nak pakai Oracle Enterprise, dah tentulah aku kena menggunakan RAM yang besar bagi menampung overload database oracle tersebut..Jadi aku telah memilih express sebagai jalan pintas untuk aku install di dalam local aku..

Minimum requirement RAM untuk run oracle 10G Express nih ialah 256 MB RAM.Kemudian, nak run application yang lain lagi,kurang-kurang kena ada 512MB RAM..Tapi better 1GB supaya takde masalah lain nanti bila dah ada dah start buat development nanti.

Memulakan Installasi Oracle 10G Express


Tamat Instalasi Oracle 10G Express


Laman web Oracle 10G Express Edition dalam local



Setelah siap install, korang boleh monitor database dengan menggunakan web manager seperti skrin di atas.

Anda boleh download perisian Oracle di link ini.. Oracle 10G Express Edition

Selamat mendownload

Mencuba perisian Virtual Box for Windows



Semalam semasa aku di ofis, aku surfing2 untuk mencari sesuatu yang boleh yang boleh menduakan Operating System laptop, aku terjumpa software yang lebih menarik lagi berbanding Virtual PC yang aku gunakan sebelum ni..Ini memudahkan aku untuk membuat ape2 development berkenaan dengan perisian tanpa menjejaskan aku punye fizikal OS aku..Abang aku penah mencuba perisian ini untuk install uBuntu dan juga redhat untuk test keupayaan OS tersebut tanpa perlu uninstall windows XP yang datang bersama semasa membeli laptop.Kita boleh install seberapa banyak OS yang kita ingin cuba..Tapi bergantung pada RAM gak la..Kalau RAM kecik, nak load camana kan?

So semalam aku cubalah install Windows Vista menggunakan virtual box ni...OS aku Windows XP..dan nampak nye performance nye bagus jugak sebab aku leh set network dia sama ada share dengan local aku ataupun aku share dengan network fizikal..Jadi orang lain akan nampak virtual laptop aku ni kat dalam network diorang..Diorang tak tahu tu bukan pc sebenar tapi virtual jer...

Mula-mula masa aku test windows XP, aku nak start install dari awal..Tapi bila2 teringat yang aku penah install menggunakan Virtual PC,aku terus run format harddisk virtual pc "VHD" dan tak sangka dia boleh baca..Bukan setakat Virtual PC je, VMWare pun boleh baca...Itulah kehebatan Sun Virtual Box nih...

Sekarang nih aku tengah mencuba 2 OS run dalam laptop nih...
Windows Vista dan Windows XP.
Windows Vista aku start install dari awal...Format digunakan 'vdi' iaitu sun virtual box punye format..Mula-mula aku try install Vista x64...Tak lepas...So aku try guna x32 Vista SP1...Lepas dan berjaya install lebih kurang sejam....Then aku try semua dan sound pun boleh bunyi dalam virtual box aku nih...Gambar bawah nih adalah daripada vista diinstall dalam virtual box aku..



Kalau korang nak install, lawat web nih...http://www.virtualbox.org . Pastu amik download dan ambil VirtualBox 2.1.4 for Windows hosts.

Selamat Mencuba.